Khamis, 20 Jun 2013
Makanan amalan utk pesakit Sendi
Berikut disenaraikan jenis makanan yang patut diamalkan untuk mencegah sakit sendi ini.
STRAWBERI
Buah ini baik kerana ia kaya dengan vitamin C. Menurut beberapa kajian, vitamin C boleh mencegah perkembangan sakit sendi dan penipisan tulang rawan. Sumber vitamin C yang lain yang boleh anda dapatkan adalah dari buah oren, paprika merah dan sebagainya.
MINYAK ZAITUN
Sendi anda pasti akan menyukai minyak ini kerana kandungan polifenol di dalamnya boleh membantu mengurangkan peradangan di dalam tubuh.
IKAN SALMON
Ikan salmon merupakan sumber vitamin D dan omega 3. Bila tubuh anda kekurangan vitamin D seperti kebanyakan orang dewasa pada umumnya, perbanyakkanlah pengambilan vitamin ini untuk membantu meredakan rasa sakit pada sendi. Tambahan pula, omega 3 diyakini baik untuk kesihatan tubuh kerana sifat anti-inflamasi.
TEH HIJAU
Minuman ini mengandungi zat antioksidan yang dikenali sebagai katekin iaitu zat anti-inflamasi yang mampu melambatkan kerosakan tulang rawan pada penghidap arthritis.
SAYURAN HIJAU
Perbanyakan makanan sayuran hijau di dalam menu anda seharian kerana ia baik untuk sendi dan membantu meredakan peradangan. Sayuran hijau kaya dengan vitamin K, iaitu nutrisi yang dinilai mampu mencegah osteoarthritis.
sharing dari DeTox Cleansing
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan